Overview:
Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini.
Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang desain pembelajaran: (1) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu (2) Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen, (3) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah, dan (4) Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.
Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah atau penilai.
Skop/Aplikasi:
Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam desain program latihan organisasi (pembangunan pengurusan).
Contoh:
Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain latihan komputer peribadi:
1. Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi dll)
2. Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan - aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas-tugas dilakukan.
3. Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman penggunaan komputer yang berbeza.
Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku.
Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam (Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen dibangkitkan.
Prinsip-prinsip:
1. Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.
2. Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.
3. Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya.
4. Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandunga.
SUMBER :
Knowles, M. (1975). Self-Directed Learning. Chicago: Follet.
Knowles,M. (1984). The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf Publishing.
Knowles, M. (1984). Andragogy in Action. San Francisco: Jossey-Bass.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar